PADAH 3 IN 1 NESCAFE
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini


adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah
non dairy creamer 3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 7. Elakkan mandi selepas makan 8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada


nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

Nukilan Hati,

Bookmark and Share
ini lah hasilnyer!
untuk 4 tahun aku bersusah payah....ni lah hasilnye...moge ape yang aku ada ni dpt bantu aku untuk mengecapi kehidupan yang lebih hebat,menyeronokkan dan membahagiakan selepas ni!
terima kasih buat semua yang membantu aku,bersusah payah untuk aku,dan menyemakkan kepala berfikir untuk aku...terima kasih banyak2,tuhan saja yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian....


Nukilan Hati, Bookmark and Share

Posted by Picasa
BILE UMAH AKU ADE IKAN!
memperkenalkan ikan2 peliharaan mak aku,dibawah penjagaan aku...hehehehehe....kalau diandaikan semua hidup da ade lbeh kurang 60 ekor dalam akuarium ni,tapi malangnye,ikan ni tak semua survive la....banyak mati...ikan makan ikan, tak sesuai...tersedut dalam pam,terlbey makan...hehehehe....ape yang aku tau, da jg sebaiknye da ikan2 ni...ape nak buat kan...
asalnye aku nak bela hamster,tapi mcm2 alasan mak aku bg,takpela,ikut je la,da mak aku nak bela ikan...hehehe...tapi kan..kalau ade rezeki aku nak bela kucing la! kucing cumel tu!!! dapat sekor nak bela la! sape2 yang ade kucing yang nak beranak...bgtau aku yer....




Nukilan Hati, Bookmark and Share

Posted by Picasa
ENJOY THIS SONG K....
SALAM,
AKU INGAT NAK WAT SIDE XTVT LA KAT BLOG AKU NI,NAMA DIA LAGU PILIHAN AKU BULAN NI...HAHAHAHA...OK LA, UNTUK BULAN NI,ENJOY LA LAGU NI DR HUJAN- INSPEKTOR REMOS..

 Hujan - Inspektor Remos
Nukilan Hati,
Bookmark and Share
BUAT SEKIAN LAMA....HUAHUAHUA
DA LAME AKU TAK BER'BLOG' NI LA...NI NAK SAMBUNG BALIK BERCERITA...LEPAS SEMUANYA DA SELESAI....APE BOLEH AKU KONGSIKAN,INSYALLAH AKAN JD TATAPAN KWN2 SEMUA... :)


Nukilan Hati, Bookmark and Share

Posted by Picasa
  • saya la ni

    saya la ni

    MY TWITTER

    Berita Harian: Mutakhir

    NST Online: Latest

    proudly brought to you by Nuffnang