kpd lelaki: mari renungkan bende ni bersama
semalam aku online,terjumpe artikel ni,tajuk dia,40 kes lelaki tidak layak jd suami....giler ar semua ni berlaku dalam hidup kita,ye la kita belum laluinye tapi 40 tu angka yang besar,yang lain2 tu kita tak tau....so,plz hargai wanita disekeliling anda,jangan sampai wanita hilang kepercayaan terhadap lelaki....da la pasal bende ni nama lelaki da buruk da,takkan kita nak tambah lagi...same2 renungkan....

40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI

> 1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak
> bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak
> buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia
> tidak boleh bimbing saya soal agama
>
>
> 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri
> selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang
> hantaran dan mas kahwin.. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli
> rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
>
>
> 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas
> di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias
> cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju
> perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah
> dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas
> pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa
> anaknya..
>
>
> 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit
> saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur
> semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
>
>
> 5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,
> belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar
> lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
>
>
> 6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama
> juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
>
>
> 7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
> memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami
> mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
>
>
> 9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak
> dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
>
>
> 10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya
> tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
> penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
>
>
> 11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.
> Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama
> jenis.
>
>
> 12.. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga
> apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
>
>
> 13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar
> dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya
> kerana menuruti kehendak emaknya.
>
>
> 14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik
> sahaja dilahirkan dahulu.
>
>
> 15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si
> anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.
> Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
>
>
> 16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa
> dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa
> mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
>
>
> 17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa
> untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3
> tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
>
>
> 18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x
> seminggu dan rumah tidak boleh bersepah.. walaupun saya sedang sarat
> mengandung.
>
>
> 19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk
> belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju
> sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami
> jemput,
> kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
>
>
> 20.. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
> anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
> kereta kesayangannya.
>
>
> 21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
> suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
> berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
> Terpaksalah saya menyara anak2.
>
>
> 22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata
> 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan
> saja
> gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
>
>
> 23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka
> 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg
> mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
>
>
> 24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari
> bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi
> 'bersangkak'.
>
>
> 25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji
> nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
> digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami
> dibaling tahi.
>
>
> 26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri
> lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka
> kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak
> menganggu hidupnya.
>
>
> 27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
> setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya,
> dia
> kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
>
>
> 28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang
> dah ada tanda2 HIV.
>
>
> 29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
> saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling
> barang2
> rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
>
>
> 30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
> Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2
> ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya
> sara
> anak sementara dia di dalam penjara.
>
>
> 31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
> Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
> perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
> negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
>
>
> 32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang
> kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja
> kilang nak sara anak2.
>
>
> 33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan
> kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati
> saya selama ini?
>
>
> 34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
> pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang,
> upah
> sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"..
> siang
> dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
>
>
> 35.. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab..
> Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
> kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan
> cinta" perempuan lain di badannya.
>
>
> 36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
> besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai.. Tetapi
> selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
> Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati
> seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang
> saya dan pihak hospital.
>
>
> 37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,
> suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam
> orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah
> sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
>
>
> 38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam
> kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun
> beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
> Dia sendiri pun tak pernah buat.
>
>
> 39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
> mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,
> dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak
> percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara
> keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan
> silap haribulan berendam airmata...
>
>
> 40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.
> Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
> amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks
> hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik
> benar
> kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
internet oooo internet
lemah betul aku bile tgk speed download aku ni.....huhuhuhuhu aku pakai broadband celcom....well ,mmg syok bile download korang tau,tapi tak syok bile da kene '5gb policy'-term bilemana penggunaan kita 'mendownload' cecah 5gb....time tu speed kita ke slow down jd separuh....mmg slow giler...ye la kan da terbiase dengan bende2 laju ni....hihihhi.....yang lagi lemah tu,aku kol celcom semalam nak tanya pasal bile dia refresh speed balik...ko tau ape jawapan dia??

"sy nak tau,sy ni da kene 5gb policy,bile agaknye dia refresh speed balik?"

"ikut billing cycle encik la"

"billing cycle saya bile ek?"

"kalau iku rekod encik,billing cycle encik setiap 13hb"

makaih,terkejut gak aku,13hb tu....arini baru 29hb mac.....terpaksa la aku bersabar banyak....:) seb bek untuk 2 mggu akan dtg aku boleh tahan sibuknye....takpe la.....senyum banyak2.....ahaks
another masterpiece from tokdin
juz nak share another of my masterpiece,juz simple design but comment la....mane2 yang expert diluar sana kalau idea yang lbey hebat kan....share it...
Posted by Picasa
aku,bubur lambuk dan ...........
amacam?? terer tak aku dayung sampan? i mean kacau bubur tu.....hehehehe panas tu....seb baik selipar yang aku pakai tu tak cair.....tapi kalau aku lipat baju melayu aku lagi tinggi mesti da ade tokoh da kan??? ahaks!
Posted by Picasa
presentation.......mengeluh panjang dibuatnye
iiiiiiii....ehehe menakjubkan kan??? 3 catatan dalam ari yang sama......hehehehe kali ni aku nak citer pasal presentation lak....td baru aku n kwn lepas satu presentation....bio energy,pasal incinerator.....ok,notes utk presentation ni asalnye da ada kat aku sebulan yang lepas,tapi budak2 ni sorg pun tak mintak jd aku diam je la,2 mggu lepas tu aku scan kan,then uploadkan utk diorg download....tak tau la diorg buat ke tak....then the klimax dia 2 ari lepas la,di pagi yang hening dan syahdu,tibe2 henpon aku berbunyi dikala aku tgh lena diulit mimpi......

"helo,din" lecturer aku kol rupenye

"ye madam"

"awk ade kelas ke?"

"tak,takde,nape mdm" aku cube kontrol mamai aku semacho mungkin,ahaks!

"saya nak awk dengan grup satu lagi wat presentation ari khamis ni"

"aduh,biar betul" ati aku cakap,mulut aku cakap "ok,ok madam,2 grup eh? nnt sy bgtau yang lain"..........................yang lain2 tu takyah la eh....hehehe

hakikatnye,notes tak semua dapat time tu....salah aku jugak,tapi yang peliknye nape la mdm aku ni suddenly je nak present,bgtau la awl2,takde la aku terkejut beruk jdnye.....so,aritu aku cr semua org selesaikan masalah ni....nasib baik yang lain ok je.....so aku tlg la preparekan slide,nasib baik kebetulan sebelum tu aku da tergerak nak cari bahan.....

presentation berjalan ok je....dengan 76 slides dalam tempoh 1 jam 15 minit...lamakan??? hehehe cume ade la bende tak sedap berlaku di tengah2 presentation tu....takpela,da ditentukan utk berlaku.....so far semuanye okey je la....
test ooooo test
test lagi aku baru2 ni.....test ape???? haaaaa bio polymer......huuuuuuuuu tak best betul.....semua bende aku da baca tapi,masuk bk,ntah ape je yang aku ingat....ish,hangin tul,mungkin pasal aku tak cukup tdo malam sebelumnye agaknye la.....nasib baik la ade gak yang aku ingat walaupun kabur2 je....huhuhuhu tak best tul.....mmg aku nak skor 2nd test nnt....lepas ni menyusul lak bio energy - 30 mac pastu heat mass 2 mggu lepas tu.....yeaaaaaah peperangan berterusan!!!!!!!! heh,heh,heh
86 ari di 2009,80 ari lagi ke angka 25
assalamualaikum....da lame da rasenyer aku tak coret somting kat blog ni....hehehe....banyak betul bende yang berlaku sejak catatan aku yang terakhir aritu...aktiviti aku,urmmmm tak banyak la....mungkin sbb nak bagi aku studikan...so mmg banyak mase untuk aku selak2 ape yang patut...kdg2 tu ade la jugak seruan2 buat keje skit,xplorasi,kdg2 ktua aras....well,da ada tanggungjawab kan,kene la laksanakan...aritu ade sambutan maulidur rasul,sibuk la jugak sbb aku 'disuruh' prepare multimedia presentation untuk pembukaan....perghh....pecah kepala aku dibuatnye,ye la hakikatnye aku ni bukannye terer sangat,masih blaja lagi kan,org ckp continuos learning,so produk yang aku buat pun takde la perfect sangat...segan gak aku dibuatnye....huhuhuhu dekan tgk tu.....biar la bende da lepas kan....then malam tu lak aku monitor program popcorn@micet....ok la sambutan budak2 ni....tak berkurangan,still ada....cume slack skit la,budak2 ni ckp gambar movie tu ok je masa mule2 pemilihan cerita,then aku dgn mr.pres ok la kan....then tergerak lak nak tgk one day sblm event.....tak ku sangka,2nd class punye gambar....aduiiiiiii pecah kepala dibuatnye....then,aku ckp dgn mr.pres "kita lenjan je la" ape lagi,ditayangkan la jugak......hmmmmm audience hangin la kan...takde la sampai ngamuk,juz ckp2 belakang la....tu je.....:) post mortem,aku menyampaikan kekesalan mr.pres je la.....harap2 next movie it's better.....
hari ku tenang ari ni...tapiiiiii.....
aman betul aku arini....berehat2 dimasa member2 aku ade test malam ni....hehehehe.....puas tul aku tdo.....actually aku tak makan lagi ni....tak tau nape,tak rase lapar sgt macam selalu,kalau tak da kekenyangan da ni....hehehe....mungkin ati tak berape ok lagi agaknye kan....semua jd macam perlahan je......cume lum solat je lagi,jap lagi insyallah....dalam ketenangan aku ari ni,tetibe member aku yang sengal bagi lak teka teki pekena aku

"apedier roti,macam roti,rupe roti,tapi bukan roti"

"roti tak menjadi"

"salah"

"ibu roti"

"salah"

"abis tu ape dier?"

"gambar roti!!!!"

hampeh tak pasal2 je aku terkena...sabar je la....:) k la,moge ari ni ,ari yang mengembirakan untuk anda yer.....salam
100 days more...everyting must be fullfill...huhu
salam semua....ape kabar?? sihat2 la yer harapnyer...:)
saat aku taip posting ni aku ade 99 hari 22 jam 44 minit sebelum aku bertambah satu tahun lagi....satu tahun yang mengubah segalanya bagi aku....check list da ada,tggal nak penuhi je lagi ni.....berat jugak rasenyer sebab yang kene fullfill ni bukan sikit,banyak...hehehe sendiri kene tanggung la nampaknyer...harap2 segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang......k la,nnt aku sambung lagi.....cerita aku dalam 100 ari terakhir aku di angka 24....insyallah banyak yang menarik...:) chow
:(
Rasa lahirnya impianku
Bila terpandang wajahmu
Lirik senyuman kilauan mata
Memikat memukau jiwa ini
Inginlah aku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
Ku sedari ini bukan biasa

Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku idamkan
Kau yang ku puja, kau yang ku sanjung
Kau yang aku perlukan…
Kau yang ku sayang, kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta……terhalang..

Engkau lafazkan perasaan
Setulus hati jiwamu
Penuh keikhlasan, penuh bermakna
Memikat hati dan naluriku

Walau kau sadari
Kau tetapkan perasaanmu
Kau berikan cinta yang
Terpendam…

Walau ku tahu kita
Tak mungkin bersama
Tetap ku sanjung cintamu yang suci…
Walau terhalang..
aku sendiri,sunyi,sepi.....:(
salam semua,
aku sekarang ni tgh lepak kat bilik aku dikala semua org lain balik rumah masing2.....sdeykan??? bunyi macam aku sorang jer.....hehehe ade kawan la....kalau sorang balik aku umah aku je.....anyway,atiku tak siape tau la,even muka aku senyum girang.....hmmmmmm
  • saya la ni

    saya la ni

    MY TWITTER

    Berita Harian: Mutakhir

    NST Online: Latest

    proudly brought to you by Nuffnang